Kehidupan awal dan pendidikan Yuna (penyanyi)

Beliau dilahirkan sebagai Yunalis binti Mat Zara'ai pada 14 November 1986 di Alor Setar, Kedah. Bapanya, Dato' Mat Zara'ai bin Alias merupakan penasihat undang-undang Mahkamah Tinggi di Johor Bahru[3] dan ibunya, Datin Anum Wahab merupakan seorang guru kimia sekolah tinggi.

Yuna sejak kecil telah menerima galakan ibu bapanya untuk menceburi bidang muzik, bapanya sendiri juga ialah seorang ahli muzik. Beliau sering menyertai pertandingan nyanyian sehingga berusia 18 tahun pada tahun 2004, beliau mula menjadi penyanyi latar kepada penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ketika menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yuna bersama beberapa rakannya membentuk sebuah kugiran dan sama-sama berlatih bermain muzik. Dari sinilah Yuna belajar bermain gitar di mana lagu pertama yang dimainkannya ialah lagu daripada kumpulan Peterpan berjudul "Ku Katakan Dengan Indah". Lagu ini dimuatnaik ke laman Myspace dan sejak itu Yuna bersama kugirannya sering merakamkan lagu-lagu saduran serta ciptaan mereka sendiri hingga meraih tumpuan umum pada tahun 2008. Akhirnya nama beliau mula meningkat naik menerusi lagu "Dan Sebenarnya", beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.[4]

Yuna menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya, Selangor, di mana beliau menamatkan pendidikan menengahnya. Selepas itu, Yuna menyambung pelajarannya di UiTM, Shah Alam, di mana beliau belajar pengajian undang-undang di Fakulti Undang-undang.[5] Pada tahun 2009, beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons.).[6]

Rujukan

WikiPedia: Yuna (penyanyi) http://www.billboard.biz/bbbiz/industry/record-lab... http://eng.mynewshub.cc/2015/03/17/8-most-educated... http://www.allmusic.com/artist/yuna-zarai-p2313187 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dah-80-pe... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kl-world-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kreativit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yuna-dan-... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/artist/431716/yuna/chart http://iamjetfuelshop.blogspot.com